Skip to main content

Cara melaksanakan puasa Syawal

Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu berkata:

 أَنَّ رَسُولَ اللهِ  نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ . رواه مسلم.
“Rasulullah ﷺ melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.”

(Sahih Al-Bukhari no: 1991).

.

Syarat-syarat dan segala adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.

.

.

Cara Melaksanakan Puasa Enam

Takwim Syawal 1434

.

Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan, berselang-seli atau pada mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Sebagai contoh, mari kita lihat pada kalendar di atas (Ogos-September 2013).

.

1.  Paling afdal ialah puasa enam hari berturut-turut mulai 2 Syawal (Hari Raya Aidil Fitri kedua) hingga 7 Syawal.

Berdasarkan kalendar di atas, jika Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 8. Ogos, maka bolehlah berpuasa enam mulai 9 Ogos sehingga 14 Ogos (7 Syawal).

2.  Berpuasa secara berselang-seli, iaitu puasa sama ada selang sehari, selang dua atau tiga hari sekali, sebanyak enam hari dalam bulan Syawal, mengikut kemampuan masing-masing.

Jika antum berpuasa secara berselang hari:

a)   Selang Sehari ~ Sekiranya puasa enam dimulakan pada hari Isnin, ianya akan berakhir pada hari Khamis minggu berikutnya. Contohnya pada kotak hijau di atas, jika antum berpuasa mulai 12 dan ianya akan berakhir pada 22 Ogos.

b)   Selang Dua hari ~ Seperti pada petak kuning, sekiranya mula berpuasa pada hari Isnin 12 Ogos, selang dua hari berikutnya adalah pada 15, 18, 21, 24 dan berakhir pada 27 Ogos.

c)   Selang Tiga hari ~ Contohnya jika mulai berpuasa pada 9 Ogos, selang tiga hari berikutnya adalah pada 13, 17, 21, 25 dan akan berakhir pada 29 Ogos.

3.  Berpuasa sebanyak enam hari pada awal, tengah dan akhir bulan Syawal. Sebagai contoh di petak biru, berpuasa sehari pada 2 Syawal (9 Ogos), diikuti tengahnya pada ‘Hari Putih’ iaitu 13,14 dan 15 Syawal (20, 21, 22 Ogos).dan berakhir pada 29 dan 30 Syawal (5 dan 6 September).

4. Puasa sunat Syawal juga boleh dilakukan sebanyak 6 hari pada mana-mana tarikh di sepanjang bulan Syawal. Pilihlah 6 hari bermula dari 2 Syawal sehingga 30 Syawal (petak tarikh berwarna kuning).

.

.

Puasa secara berturut-turut atau secara terputus?

.

Pandangan di kalangan para ulama’ yang lebih disepakati adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah ﷺ menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda ﷺ hanya menyebut bulan Syawal secara umum, tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal, asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan selepas berakhir bulan Syawal.

Namun begitu adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah سبحانه وتعالى:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ  . آل عمران: 133

“Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah Al-Imran: Ayat 133)

.

Sebagaimana yang sedia maklum, semua amalan sunat adalah sebagai penampung dan penambah kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Seharusnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki segala kekurangan dalam ibadat puasa di sepanjang Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

Sholawat Munjiyat

Sholawat "Munjiyat" “Allohumma sholli  ‘ala syaiyida Muhammad wa’ala ali syaiyidina Muhammad  sholatan tunjina biha min jami’il ahwali wal afat wataqdilana biha jami’il hajat watutohhiruna biha min jami’is syai yiat watarfa’una biha a’lad darojat watuballi ghuna biha aqshol ghoyat min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal mamat” Artinya : Wahai tuhanku, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Semoga dengan itu engkau selamatkan kami dari segala macam bencana dan musibah, engkau tunaikan segala hajat kami, engkau hindarkan kami segala kejahatan, engkau tingkatkan derajat kami dan engkau sampaikan tujuan kami baik dalam hidup kami atau sesudah kami mati.” Download Sholawat Munjiyat mp3 Menurut imam Dainuri, Sholawat Munjiyat ini sangat baik bila diamalkan secara sungguh-sungguh apabila seseorang sedang mengalami kesulitan. Seperti terancam bahaya alam berupa kekeringan, kelaparan, penyakit menular, serta apabila

Sholawat Badawiyah

Sholawat Badawiyah "ALLAAHUMMA SHALLI WA SALLIM WABAARIK ‘ALAA SAYYIDINAA WA MAULAANAA MUHAMMADIN SYAJARATIL ASHLINNURAANIYYAH. WA LAM’ATIL QABDLATIRRAHMAANIYYATI. WA AFDLALIL KHALIIQATIL INSAANIYYATI WA MA’DANIL ASRAARIRABBAA NIYYATI. WA KHAZAA INIL’ULUUMIL ISHTHIFAA IYYATI. SHAAHIBIL QABDLATIL ASHLIYYATI WAL BAHJATIS SANIYYATI WARRUTBATIL ‘ALIYAATI. MAN INDARAJATIN ABIYYUUNA TAHTA LIWAA IHI. FAHUM MINHU WAILAIHI. WA SHAALI WA SHAHBIHII ‘ADADA MAA KHALAQTA WA RAZAQTA. WA AMATTA WA AHYAITA ILAA YAUMI TUB’ATSU MAN AFNAITA WA SALLIM TASLIIMAN KATSIIRAN ILAAYAUMIDDIIN WAL HAMDU LILAAHI RABBIL ‘AALAMIINA. " Artinya :   “Ya Allah, curahkan kesejahteraan dan keselamatan serta barokah atas junjungan dan tuan kami Muhammad tumbuhan yang berasal dari cahaya kemilauan genggaman (Allah) yang bersifat belas kasih dan seutama-utama makhluk manusia, semulia-mulia rupa jasad dan pusat segala rahasia ke Tuhanan dan penyiapan segala ilmu terpilih, pemilik genggam

KISAH Nabi Isa as

Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an. Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih. Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, “Dan ketika malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam’” (3:42). Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci. Kelahiran Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur’an. Di sini, ceritanya bermula dari